Siswa Kedah - Sila Daftar Segera

>> Saturday, February 12, 2011

Ilmam Kedah mendapat maklumat kepulangan Mahasiswa/wi Kedah ke tanah air mencecah lebih kurang 800 orang.
Semua dinasihatkan melaporkan no telefon anda ke setiausaha Ilmam Negeri Kedah iaitu Muhamad Fikri bin Ishak 0135333738 atau kepada penasihat MKKK saudara Arif Idzuan.
Pihak ILMAM akan cuba untuk mengumpulkan ahli MKKK dan mengikut keperluan atau kehendak pelajar sama ada :
1. Kembali ke Mesir pada bulan Mac/April
2.Menyambung pengajian di Malaysia
3.Mengikuti kursus-kursus kemahiran jangka pendek atau jangka panjang.

ILMAM negeri juga menasihatkan agar semua siswa/wi yang pulang mendaftar diri sebagai pengundi.Pihak ILMAM sedia membantu untuk pendaftaran dengan menghantar salinan kad pengenalan kepada kami.

Sebarang makluman sila hubungi sekretariat ILMAM.

Read more...

Aduhai Mesir.....

>> Wednesday, February 2, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5,000 orang pelajar di Mesir kelmarin, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10,000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana, bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir.

“Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya,” kata Timbalan Presiden Ilmam, Mohd Farhan Madzlan.

Katanya, kerajaan mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.

“Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka,” katanya.

Menurutnya, maklumat boleh didapati secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Mohd Hazime di talian +20113771841.

Katanya, pihaknya telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu itu untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana yang boleh menghubung:

Mohd Farhan Madzlan (019-2103035)

Syed Toriq, Perlis (013-5190501)

Mohd Nizam Mohd Noh, Kedah (019-5586401)

Ahmad Farizan Abd Hadi, Pulau Pinang (013-6650388)

Zawawi Hasan, Perak (013-5908377)

Syed Abdul Kadir, Selangor (017-7770282)

Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman, Kuala Lumpur (012-3484140)

Norazman Muhammad, Negeri Sembilan (019-6400062)

Zarul Salleh, Johor (019-6813876)

Mohd Saifuddin, Pahang (013-9341730)

Mohd Azizul Hisham, Terengganu (019-9544780)

Abdul Fatah, Kelantan (013-9210960)

“Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Read more...

Sila Hubungi :

Pengerusi Penaja

Mohd Nizam bin Noh

Pen Kanan HEM,

Sek Agama At Taufikiah, Al-Khairiah, Al-Halimiah, Batu 16, Padang Lumat.

019 558 6401


Setiausaha

Muhamad Fikri bin Ishak

Pengarah Urusan IMP Utara

No 21, Taman Desa Kamela Fasa III, Batu 4 , Tandop, Alor Setar.

013 533 3738


U. Perhubungan

Zulkifli Ahmad

Tenaga Pengajar

Sek Men Islam Darul Ulum,Pokok Sena

017 584 3692

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Kedah

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP