Perhimpunan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Kedah

>> Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum.....
Di jemput kepada semua Lepasan Pelajar Al-Azhar ke Majlis Ijtimak Lepasan Mahasiswa Al-Azhar pada :
Tarikh : 11 Disember 2010 bersamaan 5 Muharam 1432
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 Pagi(Pendaftaran)
Tempat : Sekolah Agama Intergrasi Faizin,Guar Chempedak,Kedah
Pendaftaran : RM 10.00

Antara Pengisian :
9.00 pagi - Pesanan Pimpinan (Ustaz Ahmad bin Yahaya)
11.00 pagi - Taujihat Ustaz Zainal Asri
1.00 ptg - Makan dan Solat
2.00 ptg - Bertolak ke Titi Hayun(Acara Santai)
5.00 ptg - Bersurai

Sila hebahkan kepada kenalan untuk bersama-sama dalam program ini.

Read more...

Pelajar Mesir Kutuk Rosmah Hina Islam

>> Saturday, October 23, 2010

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=300:pelajar-mesir-kutuk-rosmah-hina-islam&catid=2:terkini&Itemid=2

Read more...

Antara Islam atau Melayu..?

Jumaat 22 Okt 2010 saya telah dijemput untuk menjayakan Hari Penghayatan Islam di Negeri Darul Sunnah.Ucapan aluan tuan rumah selaku Pimpinan UMNO kawasan memberi amaran kepada masyarakat yang hadir agar menjaga tanah masing-masing.Melayu semakin terpinggir di bumi sendiri-katanya.

Tiba waktu untuk slot saya,saya terus membuka minda masyarakat dengan pertanyaan nak mati dalam Islam atau Melayu?Ketika kita hendak dilahirkan apakah Allah SWT bertanya bab Melayu,Cina,atau India atau Islam..?

Dengan semangat Melayu kita tak ke mana...Datin Seri faham Islam dengan Melayu itulah sebabnya meredhoi penganjuran festival fashion Islam yang betul-betul menghina Islam.Mencari penyelesaian isu anak luar nikah dengan merujuk kepada negara Kafir.

Maka akan terus hancurlah kita.Tak mampu membawa akhlak diri sebagai role model kepada orang kafir agar tertarik dengan Islam.

Duhai Ulamak Muda....masih tidur lagi...?

Nukilan:S/u Ilmam Negeri

Read more...

Antara Islam atau Melayu..?

Read more...

Majlis Perjumpaan Hari Raya

>> Saturday, September 4, 2010

Assalamualaikum.....
Di jemput kepada semua sahabat-sahabat yang berada di Malaysia ke Majlis Ukhuwwah Di Aidilfitri pada:
Tarikh : 4 Syawal 1431 H
Hari : Isnin
Masa : 10 pagi
Tempat: Markaz PAS Pokok Sena,Langgar.
Tetamu : Ust Nasaruddin Mat Isa
Ust Ahmad bin Yahaya

Sila hubungi pengerusi penaja dan sekretriat ILMAM untuk pengesahan kehadiran.

Wassalam.

Read more...

Salam Aidilfitri

>> Tuesday, August 31, 2010


Assalamualaikum.....sahabat-sahabat seperjuangan.Selamat pulang ke pangkuan keluarga teras masing-masing.Bersama menghulur tangan memohon keampunan di Aidil Fitri.
Pihak jawatankuasa ILMAM Kedah mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan di atas kealpaan untuk melaksanakan Hari Ukhuwah Aidilfitri.
InsyaAllah sekretariat ILMAM Kedah akan cuba melaksanakannya pada Hari Raya Haji kelak.
Salam Aidil Fitri....Maaf Zahir Dan Batin

Wassalamualaikum

Read more...

Dunia semua nak mudah....

>> Sunday, August 15, 2010

Mesir semalam mula menyatukan panggilan azan yang sering dilaungkan lima kali sehari daripada ribuan menara masjid di ibu kota negara itu, tetapi langkah tersebut menerima kritikan daripada para muazin.
Kementerian Ehwal Agama Mesir berkata ia akan melaksanakan rancangan itu dari satu kejiranan ke kejiranan lain sehingga kira-kira 4,500 masjid di Kahirah dapat menyiarkan azan secara langsung dan serentak daripada studio sebuah stesen radio kepada 18 juta penduduk bandar berkenaan.
Projek itu bercita-cita tinggi, tetapi ia menerima tentangan daripada sesetengah ulama - selain para muazin sendiri - dan rancangan untuk memulakannya serentak pada hari pertama Ramadan menghadapi masalah teknikal sehingga terpaksa ditangguhkan sehari lagi.
'Orang Mesir mempunyai masalah dengan pengaturan masa,' kata Sheikh Salem Abdel-Galil, seorang pegawai di Kementerian Ehwal Agama Mesir.
'Matlamat kami ialah menetapkan waktu solat dengan tepat dengan azan dikumandangkan pada masa yang serentak daripada setiap masjid, dan mengawal mutu suara yang memanggil kepada solat,' jelas beliau kepada agensi berita The Associated Press (AP).
Sebelum ini, panggilan azan dilakukan di setiap masjid dalam keadaan tidak teratur dan dengan suara yang berbeza-beza pada waktu-waktu solat yang berbeza juga.
Walaupun para muazin disyaratkan secara teknikal mempunyai suara lunak, ramai yang tidak mempunyai mutu sedemikian.
Projek menelan belanja AS$175,000 ($238,227) itu akan melengkapkan setiap masjid dengan sebuah alat penerima isyarat radio yang akan menyiarkan panggilan azan daripada sebuah studio di kawasan bandar.
Sheikh Salem berkata setiap masjid di Kahirah harus melaksanakan sistem itu menjelang akhir Ramadan ini.
'Kita berada di zaman komputer riba dan komputer, teknologi pula lebih maju dan ia (menyatukan azan) lebih baik dikawal teknologi daripada manusia,' tegasnya.
Bandar-bandar d Syria, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Turkey telah berjaya melaksanakan semacam sistem azan yang sama, tetapi Kaherah menghadapi cabaran - ribuan masjid tidak berdaftar yang dikenali sebagai zawya, sering memasang alat pembesar suara dan mempunyai muazin sendiri.
Namun, bagi kebanyakan muazin, perkembangan terbaru itu bermakna kehilangan mata pencarian dan kemungkinan diturunkan status pekerjaan mereka kepada setakat penjaga masjid.
Para ulama konservatif pula berkata projek itu 'membazir' dan bertentangan dengan syiar Islam kerana ia mengubah amalan tradisi.
'Nabi Muhammad tidak pernah mengarahkan orang menyatukan azan di (rumah beliau di) Madinah, jadi kita tidak seharusnya berbuat yang sama di Kaherah,' kata Sheikh Youssef al-Badri, seorang ulama konservatif.
Sheikh Salem menolak alasan pengkritiknya itu sambil berkata Mesir adalah sebuah tempat yang sukar menghadapi perubahan kerana type mindanya yang konservatif.

Read more...

Tinta Sulung

>> Saturday, August 14, 2010

Assalamualaikum WRT....
Salam Ramadhan untuk semua sahabat seperjuangan sekalian.Seiring dengan tugas seharian,perbanyakkanlah ibadah kita kepada Allah SWT di Bulan mulia ini sebelum ditutup dengan Aidilfitri yang mulia.
ILMAM Kedah yang lesu tanpa sebarang program selepas dilancarkan umpama kita yang kelesuan di Bulan Puasa.Pihak sekretariat penggerak memohon maaf dengan apa yang berlaku.
InsyaAllah dengan adanya blog ilmam Kedah ini,mudah-mudahan hubungan kita yang terbina di Bumi Asing dahulu terus kembali mengeluarkan tunas ukhuwwah di Bumi Malaysia.
Salam Ramadhan untuk semua...

Read more...

Sila Hubungi :

Pengerusi Penaja

Mohd Nizam bin Noh

Pen Kanan HEM,

Sek Agama At Taufikiah, Al-Khairiah, Al-Halimiah, Batu 16, Padang Lumat.

019 558 6401


Setiausaha

Muhamad Fikri bin Ishak

Pengarah Urusan IMP Utara

No 21, Taman Desa Kamela Fasa III, Batu 4 , Tandop, Alor Setar.

013 533 3738


U. Perhubungan

Zulkifli Ahmad

Tenaga Pengajar

Sek Men Islam Darul Ulum,Pokok Sena

017 584 3692

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Kedah

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP